Monday 26 September 2016

SATAY WARISAN AYAHDA MUAR@KAJANG


Sate  (ejaan lama Satay) ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk padalidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.

Sate dicipta oleh para pedagang arab dan jawa yang menjual daging bakar di pinggir jalan pada abad 18..

Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:

Sate hati Sate perut Sate pedal Sate kerang Sate ikan Sate ampai-ampai dan pelbagai lagi

Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba.Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun,ketupat nasi atau nasi himpit dan lawanan makanan sampingan utama satay berat adalah mee rebus

Di Malaysia, sate sering dikaitkan dengan sate Kajang. Di Bayan Baru,Pulau Pinang ada dijual sate Kajang. Begitu juga dengan di Ipoh,Muar dan Johor Bahru.Tetapi permulaan sebenarnya adalah dari Muar @ Melaka permulaan ketika pedagang dan ilmuan islam arab bersama jawa ke malaya dan disitu juga permulaan sejarah keluarga kami kacukan arab dan jawa yang kini sudah bergenerasi
menjual dari rumah ke rumah dan di sepanjang jalan, beliau akan berhenti jika dipanggil. Jadi perniagaan datuk kami adalah jenis perniagaan bergerak ataupun peniaga kandar kebanyakan tahu tetapi kami panggil KANDO. Ini merujuk kepada dua bekas yang dikandar oleh peniaga. Gambaran mengenai peniaga sate yang mengandar barang jualannya boleh dilihat di dalam filem Pontianak Gua Musang.




Sate bukan menu makanan Melayu semata-mata. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara Juga Semenanjung Arab yang dikenali kebab dinihari adapun dibenua Amerika Selatan iaitu di negara Guana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.

Kita sedia maklum ramai orang Indonesia dibawa oleh penjajah Belanda ke Guana untuk menjadi buruh paksa di sana. Mungkin mereka inilah yang membawa budaya sate di benua Amerika Selatan



Di sini saya bukan sekadar menjelaskan sejarah satay dan ilmu..

Says membuka peluang perniagaan satay kepada yang berminat meneruskan penjanaan pendapatan yang pasti..kepada ingin merasai keaslian produk tradisional keluarga kami turun temurun juga menjadi rakan niaga boleh berhubung dengan saya atau ibu

0108398177 En saiful call/whatsapp
0136591979 Puan Hamidah call


Sila tinggalkan komen atau perniagaan juga link di ruangan Comment

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa komen infokan perniagaan anda serta perkhidmatan juga kerja anda